Muka anda pernah breakout dan sekarang masih lagi ada parut? Sis sangat faham macam mana tahap confident kita bila muka tengah teruk ni. Sis suggest untuk anda yang sedang alami masalah sama, cuba tips yang sis sendiri amalkan. Tips ini berdasarkan nasihat pakar dan kajian terperinci tau.
1.ELAKKAN PAKAI WHITENING PRODUK
Sekarang produk pemutih ni ibarat cendawan tumbuh selepas hujan kan. Terlampau banyak. Selain hormon sebab produk pemutih ni la muka rasa breakout teruk. Kita sebagai perempuan gilakan kecantikkan right?
Kat sini sis nak cakap, NO! BIG NO! to gadis-gadis yang BERMUKA SENSITIF. Whitening tak bagus untuk muka yang berjerawat. Anda kena rawat dulu muka tu. Jangan ambil produk whitening. Sebab, ia akan memburukkan lagi keadaan bila muka kita berjerawat. Sabar dulu okay. Nanti jerawat dah hilang baru fikirkan cara nak gebu dan putihkan muka.
2.PAKAI PRODUK YANG SESUAI
Cari produk yang sesuai dengan muka anda. Sis syorkan pakai produk dari AQUA. Recommended by dermatologist. AQUA Pore Luminous sesuai untuk kulit yang bermasalah. Sejenis mineral water-based yang diformulasi dari enzim bahan organik.
Kalau jerawat yang teruk dan amat sakit tu jangan pakai make up langsung tau. Cuci je dengan Pore Luminous. Kita tidak akan rasa pedih bila gosok dekat tempat yang terkena jerawat tu. Yang kulit jadi pedih tu sebab anda ada guna produk yang mempunyai bahan kimia! So, hati-hati dalam memilih produk.
3.LAP MUKA PAKAI TISU
Lepas anda cuci muka, jangan lap muka pakai towel yang buat untuk lap badan tu pula. Kita bukan tahu pun bakteria apa yang melekat dekat towel. Sila pakai tisu atau towel khas untuk muka. Dap dap kan je. Tapi kalau pakai towel, ingat ya kita kena rajin ganti baru. Paling-paling pun 2-3 hari sekali. Cara paling selamat pakai tisu!
4.ELAKKAN SCRUB MUKA JIKA MUKA BERJERAWAT TERUK!
Scrub ni sebenarnye bagus untuk tanggalkan sel-sel kulit mati. Tapi untuk muka sensitif, jangan selalu sangat scrub. Sedangkan buih pun dah dianggap kasar sifatnya, lagi pulak scrub. Kalau nak scrub tu boleh, tapi jangan terlampau kerap. Seminggu sekali cukup. Kulit dah okay nanti, barulah boleh scrub 3 kali seminggu. Itu pun bergantung pada jenis scrub yang kita pakai.
5.ELAKKAN SENTUH MUKA!
Tangan tu tak payah gatal sangat nak sentuh muka. Ingat bersih ke tangan tu. Entah dari mana bakteria datang. Macam-macam barang kita pegang, pastu nak sentuh muka pula. Itu yang lagi galak tumbuh jerawat tu. Kalau nak makin teruk sila sentuh. Hee
6.PICIT JERAWAT BOLEH KE TAK?
Ramai yang tidak syorkan kita picit jerawat. Tapi sebenarnya boleh. Dengan syarat, cara kena betul. Picit jerawat tu dari keluar nanah, darah, sampai keluar air putih jernih tu. Selagi tak keluar air tu, maknanya tak bersih lagi.
7.WAJIB PAKAI MOISTURIZER
Moisturizer fungsinya untuk mengekalkan kelembapan muka. Pakar dermatologi Dr.Sandra Johnson menyatakan bahawa moisturizer menambahkan lapisan perlindungan kepada kulit anda. Kalau anda kerap terlepas pakai moisturizer setiap hari, ia akan menyebabkan iritasi kulit, ruam dan jangkitan pada kulit anda.
Kulit kering, kulit sensitif, kulit berminyak, kulit kombinasi semuanya perlukan skincare yang berbeza. Ianya juga perlu diformulasi secara spesifik untuk jenis kulit anda. So anda perlu tahu jenis kulit anda terlebih dulu sebelum pilih moisturizer ya.
8.MINUM AIR MASAK
Amalkan minum air masak. Kalau anda baca tips tentang kesihatan dan kecantikan, mana-mana pun akan suruh kita minum air masak banyak-banyak kan. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Mula-mula minum air banyak ni je kerap ke tandas. Lama-lama okay la.