Ujikaji makmal dan kelulusan produk oleh KKM

Berikut adalah notis bertulis dan Notification No. (NOT) yang dikeluarkan KKM terhadap pindaan nama AQUA Pore Eraser yang dikeluarkan sejak tahun 2013 kepada nama baru AQUA Pore Luminous pada tahun 2017.

Produk AQUA telah diuji oleh chemist yang bertauliah dan telah merujuk formula kepada KKM sebelum diberi kelulusan untuk di pasarkan dalam pasaran. Bakal pengguna atau pengguna sendiri juga boleh merujuk kepada KKM untuk pengesahan atau ujikaji chemist yang bertauliah. 

Untuk makluman,
Pihak syarikat juga kini sedang mendapatkan khidmat nasihat guaman bagi tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba melakukan ujikaji eksperimen kandungan produk dengan cara yang tidak bertauliah tanpa merujuk KKM mahupun makmal dan chemist bertauliah, cuba memberi keputusan pendapat yang salah dan tidak profesional, serta cuba menyebarkan fitnah dengan niat mahu mencalar imej syarikat dan cuba menjejaskan prestasi baik produk dalam pasaran.