7 TIPS MENCEGAH JERAWAT

1. Rajin Mencuci Muka


Cuci muka adalah perkara asas untuk mengelakkan jerawat tumbuh di muka. Cuci muka dua hari sekali iaitu pada awal pagi dan juga malam sebelum tidur mampu menghindarkan jerawat tumbuh di muka dengan agresif.

 

Hanya dengan mencuci muka, ia mampu membantu untuk melindungi kulit muka dari sebarang kotoran seperti debu, hama dan sebagainya.

 

Pastikan anda menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit supaya tidak berlaku iritasi dan kecederaan pada sel kulit wajah. 

 

2. Eksfoliasi Kulit

 

Eksfoliasi kulit berguna untuk menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati yang bercampur dengan peluh yang terkumpul di dasar kulit. 

 

Eksfoliasi juga berguna untuk membuat kulit wajah kembali segar dan pori-pori kembali segar.

 

3. Jangan Kerap Menyentuh Wajah


Ini adalah kebiasaan buruk yang sering berlaku tanpa kita sedar.dalam apa jua keadaan sekalipun. Menyentuh wajah dengan tangan yang tak bersih akan tinggi risiko untuk mempunyai jerawat di wajah.

 

Jangan kerap menyentuh wajah supaya kotoran dan bakteria dari tangan tidak berpindah ke wajah.

 

4. Gunakan Kosmetik Anti-Jerawat

Cara mencegah jerawat yang berikutnya ialah dengan menggunakan kosmetik anti jerawat yang sesuai dengan kondisi kulit muka anda

Anda disarankan untuk menggunakan masker wajah sebelum tidur, menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka, dan juga produk anti jerawat yang ada di pasaran.

 

Penggunaan kosmetik anti jerawat ini berguna untuk jangka masa panjang dalam mencegah timbulnya jerawat sekaligus menyihatkan kulit wajah.

 

5. Rajin Bersihkan Rumah dan Tempat Tidur

 

Jerawat juga boleh tumbuh di muka jika tangan atau bahagian tubuh yang lain kotor. Ia juga fatang daripada persekitaran yang tidak bersih. Contoh seperti ruang tamu yang mempunyai habuk dan juga ruang tidur.

 

Jika wajah kerap tumbuh jerawat, anda juga perlu menukar cadar dan juga sarung bantal.

 

6. Jaga Pemakanan

Perlu ambil berat tentang makanan yang dimakan pada setiap hari. Elakkan makan makanan yang berminyak sebab ia akan membuat jerawat mudah tumbuh di kulit muka. 

 

Kerapkan makan sayur-sayuran serta buah-buahan agak sistem pencernaan berjalan dengan lancar.

 

7. Kendali Stress

 

Hal ini mungkin nampak tak mudah untuk dilakukan, tapi percayalah, mengendalikan stress adalah salah satu cara mencegah jerawat terpenting di antara semuanya.

 

Stress dapat menimbulkan hormon negatif yang berpengaruh ke tubuh terutama kulit wajah yang menjadi punca tumbuhnya jerawat.