Announcement & Update

RASMI DARI AQUA INTERNATIONAL MALAYSIA



Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembeli AQUA yang dikasihi 😊.


Terima kasih diucapkan kerana uolss sentiasa memilih dan mempercayai AQUA untuk wajah uolss semua. Terharu tau 🥰


Pertamanya, dukacita di maklumkan bahawa secara rasminya offer yang dibuat sepanjang kempen #aquaprihatin ini telah berakhir dan jutaan terima kasih kepada anda semua yang setia memilih aqua dan support yang tak terhingga kepada Aqua International Malaysia.


TAPIIIII...


Jika uolss masih nak dan sambutan masih menggalakkan, kami tak teragak-agak untuk menyambung semula offer tersebut.😊


Keduanya, kami ingin memohon maaf atas kelewatan penghantaran produk AQUA PORE LUMINOUS melalui pembelian online sama ada melalui WhatsApp, Fanpage atau Website.😔


Ini kerana Aqua Pore Luminous telah kehabisan stok dan stok baru dijangka akan tiba pada 10/4/20. Jadi kesemua order akan mula di pos kan pada 11/4/20. Status order Aqua Pore Luminous akan dimasukkan dalam senarai  PRE ORDER.


Contohnya adalah seperti berikut :


  1. Jika uolss hanya membeli Pore Luminous sahaja, kami akan pos kan order uolss tu pada 10/4/20 atau 11/4/20.

  1. Jika uolss order Pore Luminous, Cleanser, Foundation, Serum. Kami akan pos kan dahulu Cleanser, Foundation dan serum tu dulu. Pada 10/4/20 atau 11/4/20 barulah kami akan poskan Pore Luminous pulak.

Uolss  jangan risau, sebagai menghargai sokongan dan kesabaran uolss semua menunggu, kami akan bagi SPECIAL free gift iaitu SANITIZER eksklusif dari Aqua International Malaysia.


Kami memohon maaf atas kelewatan dan kesulitan ini.


Untuk info lanjut, uolss semua boleh berhubung terus dengan konsultan jualan kami ye.

 

Whatapps : https://kliksini.my/AquaHQ

Atau boleh beli secara online di website kami : https://aquabeauty.com.my/