Terma & Syarat Kempen Raya AQUA

  1. TERMA & SYARAT UNTUK MENDAPAT FREE GIFTS AQUA PORE LUMINOUS LIMITED EDITION RAYA (APLLER)

    1. Tawaran free Gifts ini hanya sah untuk pembelian produk AQUA di antara tarikh 11 Mei  2020 hingga 31 Mei 2020, kecuali dilanjutkan oleh pihak AQUA dengan notis rasmi di Fanpage Facebook Aqua International Malaysia.

    2. Pembelian 1 botol AQUA Pore Luminous Limited Edition Raya (APLLER) bakal menerima 3 Free Gifts :
      1.  1 x Sampul Raya (5 pcs)
      2.  1 x Kotak Kapas (50 pcs)
      3.  1 x Pouch Bag

    3. Pembelian produk AQUA bernilai RM150 - RM199 pula bakal menerima 5 Free Gifts :
      1. 1 x Sampul Raya (5 pcs)
      2. 1 x Kotak Kapas (50 pcs)
      3. 1 x Pouch Bag
      4. 1 x Beauty Blender
      5. 1 x Hand Sanitizer

    4. Pembelian produk AQUA bernilai RM200 ke atas pula bakal menerima 6 Free Gifts dan berpeluang memenangi duit raya RM500 untuk 10 pembeli bertuah.
      1. 1 x Sampul Raya (5 pcs)
      2. 1 x Pouch Bag
      3. 1 x Beauty Blender
      4. 1 x Hand Sanitizer 
      5. 1 x Kotak Kapas (50 pcs)
      6. 1 x Facial Device
      7. Peluang menangi duit raya AQUA RM500 untuk 10 pembeli bertuah.

    5. Ini ialah tawaran dari pihak AQUA HQ dan tawaran Free Gifts ini hanya layak didapatkan dari pembelian dari laman web AQUA yang rasmi (aquabeauty.com.my) atau dari jurujual rasmi AQUA untuk pembelian melalui WhatsApp dan tawaran ini tidak didapati dari ejen-ejen jualan atau kiosk AQUA.

    6. Pembeli yang layak untuk menerima Free Gifts akan terus mendapat Free Gifts bersama dengan bungkusan produk AQUA yang dibeli.

    7. Free Gifts yang diterima ini tidak boleh ditukar dengan hadiah lain melainkan dengan budi bicara dari pihak AQUA.

    8. Tawaran ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia, kecuali kakitangan AQUA dan ejen-ejen jualan AQUA.

    9. Setiap pembeli yang menerima Free Gifts tidak boleh meminta refund atas pembelian produk AQUA atas apa-apa sebab kecuali memulangkan semula Free Gifts kepada pihak AQUA.

    10. Pihak pengurusan AQUA berhak untuk mengubah terma dan syarat tanpa notis awal, dan juga mengubah hadiah dengan nilaian yang lebih kurang sama.

     

    TERMA DAN SYARAT MENYERTAI KEMPEN #SELFIE DAN OOTDRAYA PORE LUMINOUS LIMITED EDITION RAYA

    1. AQUA akan memberikan hadiah wang tunai sebanyak RM2000 iaitu RM100 kepada 20 orang yang bertuah yang mengikut langkah-langkah penyertaan yang diberikan.

    2. Syarat untuk menyertai cabutan bertuah ini ialah dengan membuat pembelian produk AQUA Pore Luminous Limited Edition Raya (APLLER) sekurang-kurangnya 1 botol dari di antara tarikh 11 Mei 2020 hingga 22 Jun 2020, kecuali dilanjutkan oleh AQUA.

    3. Syarat untuk menyertai cabutan bertuah ini ialah dengan membuat pembelian produk AQUA Pore Luminous Limited Edition Raya (APLLER) sekurang-kurangnya 1 botol dari laman web AQUA yang rasmi (aquabeauty.com.my) atau dari jurujual rasmi AQUA untuk pembelian melalui WhatsApp dan tawaran ini tidak didapati dari ejen-ejen jualan atau kiosk AQUA.

    4. Pemenang akan di umum kan dalam masa 30 hari selepas kempen ini di tamatkan untuk proses pemilihan pemenang.

    5. Penyertaan hanya sah untuk pembeli AQUA Pore Luminous Limited Edition Raya (APLLER) dengan pihak HQ AQUA sahaja.

    6. Tidak sah untuk menyertai kempen ini sekiranya gambar yang diambil menggunakan Pore Luminous biasa.

    7. Ambil gambar anda bersama AQUA Pore Luminous Limited Edition Raya (APLLER) dengan tema baju raya anda sama ada dengan cara Selfie atau OOTD Raya AQUA. (OOTD = Outfit of The Day, dimana gamabr ditangkap oleh orang lain).

    8. Upload gambar tersebut di akaun Facebook atau Instagram anda secara public beserta hashtag #selfierayaaqua #ootdrayaaqua. Caption yang menarik sangat dialu-alukan.

    9. Screenshot posting tersebut dan upload di ruangan komen pinned post Facebook Page AQUA INTERNATIONAL MALAYSIA yang akan diletakkan selewatnya pada 20 Mei 2020.

    10. Pastikan isi maklumat di link di bawah untuk sahkan penyertaan anda https://aquabeauty.com.my/pages/contest-raya-aqua

    11. Tarikh tamat penyertaan adalah pada 22 Jun 2020 bersamaan 30 Syawal. Penyertaan selepas 22 Jun tidak akan dikira.

    12. 1 transaksi pembelian AQUA Pore Luminous Limited Edition Raya (APLLER) sah untuk 1 penyertaan sahaja.

    13. 20 pemenang akan dipilih melalui maklumat yang telah diisi di link https://aquabeauty.com.my/pages/contest-raya-aqua

    14. Penyertaan mestilah menepati kesemua kriteria yang telah ditetapkan. Penyertaan yang tidak menepati salah satu kriteria tidak akan dikira melainkan dengan budi bicara pihak AQUA.

    15. Pemenang hendaklah memberikan butiran nombor akaun dalam masa 3 hari selepas dihubungi & hadiah wang tunai akan diberikan melalui online transfer kepada akaun bank yang diberikan oleh pemenang dalam masa 5 hari bekerja.

    16. Pihak AQUA tidak bertanggungjawab atas kelewatan pemberian hadiah wang tunai sekiranya pemenang tidak memberikan butiran nombor akaun dalam masa 3 hari selepas dihubungi.

    17. Pihak AQUA juga tidak bertanggungjawab sekiranya hadiah wang tunai tidak diterima oleh pemenang atas sebab kesilapan dalam memberikan butiran nombor akaun

    18. Hadiah wang tunai ini tidak boleh ditukar dengan hadiah lain melainkan dengan budi bicara dari pihak AQUA.

    19. Kempen Selfie dan OOTD raya ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia, kecuali kakitangan AQUA dan ejen-ejen jualan.

    20. Pihak pengurusan AQUA berhak untuk mengubah terma dan syarat tanpa notis awal, dan juga mengubah hadiah dengan nilaian yang lebih kurang sama


    TERMA DAN SYARAT MENYERTAI CABUTAN BERTUAH AQUA BERNILAI RM5000

    1. AQUA akan memberikan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 iaitu RM500 kepada 10 orang yang bertuah.

    2. Syarat untuk menyertai cabutan bertuah ini ialah dengan membuat pembelian produk AQUA bernilai RM200 ke atas di antara tarikh 24 April 2020 hingga 31 Mei 2020, kecuali dilanjutkan oleh AQUA.

    3. Pemenang untuk cabutan bertuah duit raya akan diumumkan dalam 30 hari selepas kempen tamat.

    4. Penyertaan yang memenuhi semua syarat akan dimasukkan ke dalam senarai pendek & pemenang akan dipilih secara rawak dari senarai pendek tersebut.

    5. Pemenang akan dihubungi melalui nombor telefon yang diberikan semasa membuat pembelian.

    6. Pemenang hendaklah memberikan butiran nombor akaun dalam masa 3 hari selepas dihubungi & hadiah wang tunai akan diberikan melalui online transfer kepada akaun bank yang diberikan oleh pemenang dalam masa 5 hari bekerja.

    7. Pihak AQUA tidak bertanggungjawab atas kelewatan pemberian hadiah wang tunai sekiranya pemenang tidak memberikan butiran nombor akaun dalam masa 3 hari selepas dihubungi.

    8. Pihak AQUA juga tidak bertanggungjawab sekiranya hadiah wang tunai tidak diterima oleh pemenang atas sebab kesilapan dalam memberikan butiran nombor akaun.

    9. Hadiah wang tunai ini tidak boleh ditukar dengan hadiah lain melainkan dengan budi bicara dari pihak AQUA.

    10. Cabutan bertuah ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia, kecuali kakitangan AQUA dan ejen-ejen jualan.

    11. Pihak pengurusan AQUA berhak untuk mengubah terma dan syarat tanpa notis awal, dan juga mengubah hadiah dengan nilaian yang lebih kurang sama.